Photoshop Tutorial – Glowing Bubbles Effect

Hey everyone!

As promised semalam, hari nih saya akan paparkan cara-cara nak buat Glowing Bubbles Effect pada photo anda atau sesaper jer yang you guys nak buat hehehe… Dan untuk Share Ilmu ini saya telah memilih mamat model yang ummmphh ni untuk kita effect kan (he’s so yummy! yum yum yum  hahaha!)

before

dan hasil yang akan terjadi selepas effect adalah seperti berikut:

after
  1. Okay mula-mula sekali buka New Document dengan mengikut saiz photo anda. Saya setkan mengikut saiz imej model ini iaitu 400×500 pixels.
  2. Kemudian anda setkan warna background kepada hitam #000000
  3. Create kan New Layer dalam Layer Window dan namakan sebagai Red Dot ker Merah ker – sukahati korang lah hehehe… 
  4. Setkan Foreground Color layer tersebut kepada #E65943
  5. Kemudian pilih Brush Tool (tekan b) dan pilih Soft Round Brush
  6. Setkan Brush tersebut kepada 450pixels (ikut saiz gambar anda actually) dan paint satu DOT diatasnya
  7. Create kan New Layer dalam layer window dan Double Click dan namakan sebagai Green Dot
  8. Set kan foreground color kepada #7CC0A5 dan ulang langkah 5 & 6
  9. Setkan Blend Mode kepada Screen seperti dibawah
  10. Buka gambar yang anda nak lakukan effect tersebut (Menu File + Open)
  11. Buangkan latar belakang pada gambar tersebut (cara-cara buang latar belakang telah ditunjukkan dalam tutorial yg lepas-lepas)
  12. Tile kan kedua-dua window supaya senang anda nak drag imej photo ke dalam Working Document anda – Tekan Menu Window, Pilih Arrange, Pilih Tile agar ia kelihatan seperti di bawah. Kemudian drag kan imej photo tersebut ke dalam working dokumen anda
  13. Hasil selepas drag
  14. Pergi ke Menu Image >  Adjustments > Desaturate 
  15. Kemudian Tekan Menu Edit > Free Transform dan adjust kan kedudukan gambar anda 
  16. Duplicate layer photo tersebut dan menghasilkan Layer 1 copy
  17. Klik pada duplicate layer tadi (Layer 1 Copy) dan Klik Menu Filter > Blur > Gaussian Blur > Setkan Radius kepada 3px
  18. Set kan Blend Mode layer tersebut kepada Screen 
  19. Ini akan menghasilkan Glowing Effect seperti berikut. Createkan folder baru dan namakan sebagai Model. Drag kan Layer 1 dan Layer 1 Copy  ke dalam Folder Model
  20. Klik pada Folder Model tersebut dan createkan Layer Mask 
  21. Tekan B untuk Select Brush Tool > Pilih Airbrush Soft Round Brush 50%  > Setkan Foreground color #000000 (black)
  22. Paint kan brush ini pada sekitar imej tersebut. Anda akan lihat bahagian yang terkena brush ini akan menjadi kabur dan gelap 
  23. Create kan New Layer diatas Folder Model. Namakan sebagai Light Green Dot.
  24. Tukarkan Foreground Color kepada #9BC152
  25. Pilih Brush Tool dan Setkan kepada Airbrush Soft Round 50% > Set kan Master Diameter Brush kepada 400 atau kurang sedikit daripada saiz diameter imej anda
  26. Kemudian paint kan pada bahagian atas sebelah kiri imej anda
  27. Tukarkan Foreground color kepada color #1E088C dan Paint kan pada bahagian bawah sebelah kanan imej anda
  28. Select Layer Lught Green tersebut dan Tukarkan Blend Mode kepada Overlay 
  29. Create New Document – Klik Menu File > New Document > Setkan seperti langkah satu 400 x 500pixels
  30. Fill kan background dengan warna hitam #000000 dengan menggunakan Paint Bucket
  31. Create new layer dan Klik Elliptical Marquee Tool dan buat bulatan kecil bersaiz 130x130pixel (tips: untuk jadikan bulatan anda tepat bulat tekan SHIFT dan create circular selection tersebut.)
  32. Isikan bulatan tersebut dengan warna putih #ffffff (dengan menggunakan Paint Bucket) 
  33. Klik Eraser Tool dan Set kan kepada 100pixels dan erase kan ditengah bulatan putih sehingga kelihatan seperti dibawah
  34. Double Layer Background dan ia akan bertukar menjadi normal iaitu Layer 0
  35. Kemudian Hide kan Layer Background (klik pada icon eye/mata kat Window Layer) refer gambar dibawah
  36. Klik pada Layer 1 atau layer white circle tu – refer gambar dibawah
  37. Then Klik Menu Image > Adjustments > Invert – Anda akan lihat circle/bulatan yg anda buat tadi tu menjadi kelabu 
  38. Ok, then Klik Rectangular Marquee Tool (atau tekan m) dan buatkan Rectangular Selection pada sekitar bulatan anda tadi 
  39. Kemudian pergi ke menu Edit > Define Preset Brush. Namakan Brush anda. Saya namakan Bubbles. Ok, sekarang anda dah ada satu Brush berbentuk ala-ala circle camgini ok. Dan Brush yang anda cipta ini akan tersimpan didalam Brush Preset List anda (maksudnya kalo ada projek lain pun anda dah boleh guna brush ini…heheheee….)
  40. Klik Brush Tool (atau tekan b) dan Pilih Brush Bubbles yang anda create tadi. Buka Brush Palette dan Klik Check pada kotak Shape Dynamics dan Scattering 
  41. Klik pada Shape Dynamics sehingga ia jadi highlighted warna Biru then ubah detailnya seperti gambar dibawah
  42. Kemudian Klik pada Scattering pula (it will highlighted Biru color) dan ubah seperti gambar dibawah 
  43. Create kan New Layer dibawah Folder Model then Tukarkan Warna Foreground kepada white #ffffff dan Paint kan Brush anda pada imej anda dlm working document
  44. Perasan tak dalam gambar kat atas tuh, Bubbles tersebut ada yg besar dan ada yang kecil. Anda boleh ubah Diameter Brush ini di dalam Brush Palette anda dengan Klik Brush Tip Shape > Diameter. Then anda juga boleh jarakkan dengan Ubah Percentage yang ada dalam bahagian Spacing (Spacing nih ada kat bawah sekali dalam Brush Palette anda)
  45. Create kan New Document – File > New > Setkan kepada 400 x 500 pixels > Fill kan warna Background kepada hitam #00000
  46. Createkan New Layer dan Klik pada Elliptical Marquee Tool dan buat Circular Selection dalam dokumen anda bersaiz lebih kurang 250×250 pixels.
  47. Kemudian isikan dengan Foreground color White #ffffff > Select Eraser Tool > Pilih Soft Round 200pix dan Klik beberapa kali agar menjadi seperti gambar dibawah
  48. Dalam Window Layer anda, Double Click pada Layer Background untuk meNormalkannya (so akan jadi Layer 0) > Hide kan Layer 0 ini dengan Klik pada icon mata
  49. Klik pada Layer 1 atau layer bulatan yang buat tadi > Klik Menu Image > Adjustments > Invert dan anda akan lihat bulatan warna hitam/kelabu
  50. Klik Rectangular Marquee Tool dan buat Selection pada sekitar bulatan anda.
  51. Kemudian pergi ke menu Edit > Define Brush Set dan Namakan Brush anda (Bubbles2 misalnya) dan ini akan menghasilkan Brush kedua anda didalam Brush Preset List anda
  52. Pergi semula ke dokumen Model anda dan Create New Layer diatas Folder Model anda
  53. Klik Brush Tool (tekan b) dan Pilih Brush yang anda create kan tadi dan Paintkan dalam working document anda
  54. Klik Kanan pada Layer tersebut (dlm window layer anda) dan Pilih Blending Options > Klik Check pada Gradient Overlay > Klik Spectrum
  55. Createkan New Document > 400x500pixels > Set Foreground Color white #ffffff > Klik Pencil Tool Size 1px > Draw Vertical Line pada dokumen anda (tips: untuk membuatkannya lurus tekan SHIFT semasa anda draw)
  56. Klik pada Eraser Tool > Pilih Soft Round 300pixels > Erase pada bahagian Atas (top) dan Bawah (bottom) untuk membuatkan garisan tersebut sedikit Fading pada bahagian top dan bottom nya seperti gambar dibawah
  57. Create New Layer > Select Brush Tool (tekan b) > Pilih Airbrush Soft Round Brush > Diameter 100pixel > Set kan Opacity kepada 50% > dan Paint kan pada garisan vertical anda dalam dokumen anda seperti dibawah
  58. Klik Eraser Tool dan Erase kan separuh bahagian yang anda paint kan tadi dan Shape kan dengan Eraser tadi pada Paint yang tinggal sehingga kelihatan seperti dibawah
  59. Drag kan garisan yang anda cipta ini ke document Model anda tadi (gunakan cara seperti Langkah 12) dan Duplicate kan Layer garisan ini dan susunkan mengikut preference anda (sukahatilah kiranya hehehee)
  60. Create New Layer dan namakan sebagai Dust > warnakan dengan hitam #000000 > Menu Filter > Noise > Add Noise > Set Amount kepada 30% > Distribution – pilih Uniform > Klik Monochromatic 
  61. Klik Menu Image > Adjustments > Levels >dan Setkan Preset : Custom, Channel : RGB, Input Levels: 58 , 1.00, 167 dan Output Levels : 0 ,  255
  62. Klik Eraser Tool dan Erase kan pada working dokumen anda agar Dust tersebut hanya ada pada bahagian penjuru dan tidak pada wajah model anda (just ikut creativity anda)
  63. Klik Horizontal Type Tool (tekan t).  Sebelum Taip setkan dulu Foreground color untuk tulisan tersebut dan setkan juga jenis huruf tersebut. Dan taipkan apa jer yang anda nak. Macam saya, disebabkan  mamat nih cun giler so I just put mmmmmmmmmmmmmmm…so handsome heheheheheeee…  dan akan terhasil seperti dibawah

Akhir kata selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

CommentLuv Enabled