Assalamualaikum and Hey everyone!
Lamanya saya tak update blog. Maaf saya ada banyak urusan penting kebelakangan ini. However, hari ini saya akan share kan cara-cara untuk membuat Shape Cluster Effect pada photo memandangkan ramai yang PM saya di facebook tempoh hari untuk tutorial ini.. OKlah kita terus je caranya seperti dibawah:
Berikut merupakan hasil yang kita akan dapati daripada tutorial ini.
Langkah 1.
Buka gambar yang anda ingin editkan. Kemudian klik menu Image dan klik Image size. Lihat berapakah size Width dan saiz Height gambar tersebut.
Langkah 2.
Create New Document dengan pergi ke menu File > klik New > masukkan saiz Width dan Height sama seperti gambar yang anda buka tadi. Width dan Height gambar saya ialah 621 x 429pixels dan Resolution 72pixels (kecuali jika anda ingin printkan photo ini maka resolutionnya akan berbeza)
Langkah 3.
Kita perlu menggunakan saiz Grid untuk menentukan saiz Shape pada gambar tersebut. Dengan itu, pergi ke menu Edit > pilih Preferences > pilih Guide, Grid & Slices

Langkah 4.
Dalam Grid Section, setkan Gridline Every kepada 2.5 percent

Langkah 5.
Sekarang adalah masa untuk kita paparkan Grid itu agar dapat dilihat. Caranya, pergi ke menu View > pilih Show > pilih Grid
dan anda akan dapat hasil seperti gambarajah dibawah:
Langkah 6.
Klik pada New Layer pada Layer panel seperti gambarajah:
Langkah 7.
Pilih Rectangular Marquee Tool di Tools Panel
Langkah 8.
Lukiskan Selection pada garisan Grid tersebut dengan meninggalkan 2 barisan kotak grid dari setiap penjuru. Lihat gambar dibawah:

saya warnakan garisan Selection tersebut dgn warna merah bagi memudahkan anda melihat nya. Perhatikan, saya meninggalkan space sebanyak 2 baris pada setiap penjuru.
Langkah 9.
Kita akan warnakan selection ini kepada warna Hitam. Oleh itu, pergi ke menu Edit > pilih Fill > dan dialog box Fill akan terbuka maka anda pilih Black dan Klik OK.

Langkah 10.
Tekan Ctrl+D untuk Deselect Selection tadi. Dan anda akan dapati Selection tadi akan tiada seperti gambar dibawah:
Langkah 11.
Sekarang kita akan buat 4 bahagian siri untuk Rectangular Selection. Klik Rectangular Marquee Tool > kira dari kiri ke kanan anda sebanyak 10 squares dan bermula dari square yg ke 11 Draw dari atas ke bawah Selection anda dengan meninggalkan 10 squares terakhir TANPA di Select. Lihat gambar sebagai contoh:

Langkah 12.
Untuk membuat Selection kedua, Tekan SHIFT (tanpa lepas) > Draw seperti gambar dibawah:

Langkah 13.
Dan lakukan seperti dua gambar dibawah seterusnya:
(Jangan lupa untuk sentiasa hold down butang SHIFT anda semasa melukis Selection)
Langkah 14.
Sekarang Tekan Backspace untuk deleted selected areas pada shape tersebut > Kemudian Tekan Ctrl+D untuk Deselect selection outlines > Dan Klik menu View > Pilih Show > Pilih Grid untuk mengOFFkan Grid tadi.
Dan anda akan dapat seperti berikut:

Langkah 15.
Kita akan lakukan Drop Shadow Style oleh itu, Klik Layer Styles yang terletak di bawah Layer Panel
![]()
Langkah 16.
Bila List Drop Shadow keluar, anda ubah options nya seperti berikut:
Opacity = 60% > Angle = 120 >Distance = 12 >Size = 12 >Klik OK
Langkah 17.
Anda akan dapat hasil yang begitu.
Langkah 18.
Dalam New Document, buka gambar yang anda ingin letakkan effect ini dan Tekan Ctrl A untuk Select semuanya. Kemudian Tekan CTRL+C untuk copy dan buka window Shape Cluster anda tadi dan paste kan dengan menekan CTRL + V
Anda akan dapati di Layer Panel anda akan wujud Layer 2 seperti gambar dibawah:
Langkah 19.
Sekarang pergi ke menu Layer > Klik Create Clipping Mask dan anda akan dapati hasil dibawah:
Jika anda perlu untuk resize dan reposition gambar anda just Klik CTRL + T (untuk Free Transform) dan gambar tersebut boleh di resize atau di reposition kan. Tetapi sebaik-baiknya anda pergi ke menu View > Klik Fit to Screen (utk enlarge kan view supaya anda nampak dgn jelas sekiranya gambar dan clipping nya tidak selari)
Tips: Untuk resize kan photo anda agar ia selari diantara lebar dan panjang nya maka anda perlu sentiasa menekan SHIFT semasa melakukan resize. Apabila anda berpuas hati dgn rupa photo shape cluster tersebut maka tekan Enter. Contoh yg saya hasilkan:
Akhirnya, Selamat Mencuba.











