Cara Buat Transparent Text Header Menggunakan Photo Anda

Asslamualaikum dan hey everyone!

How’s your day today? Hari saya sangat hebat dan ceria walaupun agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Sebenarnya ada banyak jenis header yang kita boleh buat. Cuma untuk hari ini, saya akan sharekan Cara Membuat Header Dengan Memasukkan Elemen Transparent Type pada Imej Foto. Okaylah, so saya akan tunjukkan Cara-cara Mengubah Photo Anda agar foto tersebut dapat menjadi sebuah header banner yang boleh digunakan didalam Blog atau Laman Web anda. Berikut merupakan photo yang akan kita gunakan:

OK, kita teruskan dengan langkah-langkahnya:

  1. Masukkan teks atau Tulis Teks anda pada imej ini – Klik Type Tool atau Tekan T > Saya ingin teks ini dalam warna Putih maka saya Tekan D untuk reset Foreground color kepada Black dan Background color kepada White > Kemudian Tekan X untuk swap warna agar Foreground menjadi Putih/White
  2. Pergi ke Options Bar di bahagian atas pada screen anda dan Pilih Jenis Font yang anda inginkan. Saya memilih Font jenis Universal Jack (note: font ini mungkin ada dan mungkin tiada dlm senarai pilihan fonts anda) Sekiranya font yang sedia ada didalam komputer anda tidak menarik, anda boleh download pelbagai jenis font secara percuma di http://www.cooltext.com dan pilih fonts > Taipkan Kata-kata pada imej anda > Kemudian Klik tanda right pada Options Bar sebagai tanda anda selesai menulis 
  3. Sekarang kita akan RESIZE dan REPOSITION kan Teks yang kita taip tadi – Klik CTRL + T untuk membuat Free Transform >  Drag kan teks anda kebahagian yang anda inginkan cthnya pada bahagian tengah imej anda   >  Tekan SHIFT + ALT  tanpa lepas untuk resize teks anda dengan drag dari penjuru teks/ Freeform box anda (note: apabila anda menekan SHIFT ia memberitahu kepada Photoshop untuk Contrains pada width dan height teks anda manakala Tekan ALT pula memberitahu Photoshop untuk melakukan resize tersebut dari center) > Apabila anda selesai Tekan Enter 
  4. OK, untuk memasukkan element Transparent pada Teks ini, kita akan menggunakan option Fill. Lihat pada Layer Palette anda di Window Layer anda dan ubahkan Fill kepada 0% 
  5. Apabila anda mengubah Fill seperti diatas, Teks anda akan TIDAK kelihatan pada imej anda. (note: sebenarnya jika anda nak gunakan option Opacity untuk membuat transparent effect memang boleh. Tetapi dengan memilih Opacity dan setkan kepada 0% , teks anda akan hilang sama seperti option Fill cuma perbezaannya ialah dengan menggunakan Opacity sebarang styles yang anda gunakan pun akan turut invisible. Berbeza dengan option Fill, walaupun invisible tetapi styles yg akan kita buat nanti tetap akan VISIBLE!   hehehehe.. so itu yg kita inginkan. Dan itulah sebabnya saya akan gunakan option Fill untuk effect ini)
  6. Klik Layer Styles Icon > Pilih Outer Glow 
  7. By default, warna Outer Glow adalah kuning. Sebagai kesesuaian dengan imej anda kita akan gunakan Color Picker agar Teks ini kelihatan serasi/sesuai dengan Imej anda. Caranya adalah Klik box dibawah perkataan Noise > Move kan mouse anda ke imej anda dan Klik kan Eyedropper tersebut mana-mana bahagian Imej anda dan anda akan dapati warna Outer Glow akan berubah mengikut Eyedropper yg anda pilih tadi. Saya pilih warna kelabu pada imej saya 
  8. Apabila anda Klik OK pada Color Picker yang anda pilih tadi, anda akan kembali kepada Outer Glow Layer Style Options. Jadi sekarang anda Drag kan Opacity kepada 100% > Dan ubah Size kepada 10% – 20% mengikut kesesuaian anda. Saya pilih 10% 
  9. Berikut merupakan imej saya setakat ini 
  10. So sekarang kita dah selesai buat Outer Glow Layer Style dan kini kita akan buat Fill pada Layer Teks tadi tu kembali kepada 100% seperti dibawah 
  11. Ubahkan layer teks ini daripada Normal kepada Overlay seperti gambar dibawah 
  12. Klik semula icon Layer Styles (seperti langkah 6) dan Pilih Inner Glow > Ubah Color Picker seperti Langkah 7 megikut warna yang anda inginkan didalam imej anda. Saya Pilih warna hijau gelap dalam imej saya  > Ubah Blend Mode kepada Multiply  >  Drag Opacity kepada 40%  >  Ubah Size kepada 8% (anda boleh ubah mengikut kesesuaian anda) dan hasilnya adalah seperti  berikut: Berikut merupakan contoh-contoh lain. Misalnya Website atau Blog anda tentang Interior design then bolehlah gunakan gambar interior dan letakkan teks yang sesuai. Hehehehehe…yg bawah ni saya letak “toilet ku” sebab masa buat ni saya sepatutnya mansi petang dulu hahahaha…. Okaylah saya dah selesai dan nak mandi sekarang. Jumpa lagi dalam the next Share Ilmu… Akhir kata Selamat Mencuba!

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

CommentLuv Enabled