Tips & Panduan Bina Laman Web Untuk Beginner

Blog Ilham Cipta ini menerangkan secara detail tentang tips, cara-cara pembinaan laman web. Edisi tips dan panduan ini diupdate setiap hari bagi berkongsi informasi antara Ilhamcipta.com dan pembaca.

Sabtu, 2009 Mac 28

10 kesalahan dalam Bina Laman Web / Web Design

Saya terbaca dalam sebuah online article yang mungkin berguna untuk kita semua...

Berkenaan 10 kesalahan dalam Web design / rekacipta laman web

Artikel ini secara khususnya menyenaraikan kesalahan-kesalahan tersebut seperti di bawah:
  1. bad search
  2. PDF files for online reading
  3. tidak menukar warna link untuk link yang telah dilawati
  4. teks yang tidak boleh dibaca / non-scannable text
  5. fixed font size
  6. tajuk web page yang susah dicari dalam search engine
  7. apa-apa saja yang kelihatan seperti iklan
  8. violating design conventions
  9. opening new browsers window
  10. tidak menjawab soalan internet users

untuk ketahui lebih mendalam apa kata anda visit laman web ini http://www.useit.com/alertbox/9605.html

Label:

Bina Laman Web RM299.00

Dapatkan pakej bina laman web termurah dipasaran hanya RM299.00!!

BUKAN DIY (do it yourself) malah adalah perkhidmatan bina laman web oleh web designer secara professional hanya untuk ANDA!!

Dapatkan sekarang sementara tawaran masih dibuka!!...

Label:

Jumaat, 2009 Mac 27

Lagi Kata Hikmah

Pernah tak anda dengar kata-kata hikmah ini:

"Nak tengok siapa kita, tengoklah siapa kawan kita"

"Berfikirlah seperti manusia yang akan bertindak dan bertindaklah seperti manusia yang berfikir"

"Bintang itu bercahaya indah kerana gelap yang menyelubungi"

Bagaimana semua ini dan banyak lagi kata-kata hikmah ter relate dengan kita semua PENIAGA...??

Tapi lebih dari itu, BAGAIMANA PENERIMAAN KITA?

fikir-fikirkanlah...

Label:

Khamis, 2009 Mac 26

Kata-kata hikmah

Saya teringat pada salah satu buku Dr. HM Tuah Iskandar yang saya baca (actually buku motivasi Bahasa Melayu yang paling best pernah saya baca) iaitu "kalau nak seribu daya... Nak ke tak nak..."
Dalam buku ni ada banyak kata motivasi, pandangan dan kisah-kisah teladan. Tapi apa yang saya ingin sentuh disini adalah tentang satu kata hikamah Dr HM Tuah tentang NAK JADI CEMERLANG

Dr HM Tuah selitkan pada nota kaki buku ini kata - kata hikmah berikut:
"untuk cemerlang memang banyak halangannya, TAPI untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya"

Sebenarnya kata-kata ini memang betul. Tak kira kita kerja makan gaji atau kerja sendiri kedua-duanya pun ada banyak halangan dan rintangan. Yang mana kebanyakan nama-nama Bisnessman yang telahpun berjaya semuanya melalui apa yang kita semua lalui sekarang. Malah saya percaya apa yang mereka lalui jauh lebih hebat daripada kita.

Saya yang baru berniaga kecil-kecilan pun sehari kerja lebih 10jam inikan pula millionaire yang terang-terang sumber pendapatan mereka bukan daripada 1 source perniagaan sahaja.

Kita kena percayasemua halangan yang dihadapi Allah tak jadikannya untuk disia-siakan oleh kita. Inilah sebenarnya teladan yang paling baik yang diajar secara direct kepada kita daripada Yang Esa untuk masa depan kita.

Jadi pilihlah untuk cemerlang dan tempuhilah halangan dengan sabar dan tabah, sebab kalau kita tak nak jadi cemerlang pun still kena tempuhi halangan cumanya bila kita tak bersedia dengan halangan yang mendatang susah untuk jadi sabar dan tabah...

Label:

Laman Web seperti Mudah.com??

Saya mendapat email dua hari lepas daripada seseorang yang inginkan laman webnya kelihatan seperti laman web mudah.com yang mudah dilihat produk dan harganya.

Hatimas bertanya boleh kah Ilham Cipta membina laman web seperti itu? Saya telah pun menjawab bahawa memang laman web seperti boleh dibangunkan.

Cuma hari ini apa yang saya tertarik adalah keprihatinan hatimas yang inginkan pelanggannya merasa mudah melihat, mendapat informasi daripada laman web beliau. Dimana para pelawat laman web beliau boleh melihat produk dan harga dalam satu page yang sama.

Sebenarnya ini adalah sesuatu yang baik untuk sesebuah laman web. Apabila anda mempunyai satu produk untuk dijual pasti semua informasi yang berkenaan dengan produk itu dapat dilihat dengan mudah oleh pelawat anda. Kalau tak sia-sia saja lah laman web. Sebabnya apabila pelawat merasakan sesebuah laman web itu tidak transparent dari segi penyampaian informasi sudah pasti pelawat tersebut tidak akan membeli apa-apa dari laman web itu...

Saya berkata bagi diri saya dan anda, binalah laman web sepertimana kita semua letakkan diri kita sebagai pembeli. Adakah kita akan beli daripada sesuatu yang kita tidak yakin? tidak menarik? tidak telus? Sebagaimana cerewetnya kita, sebegitulah cerewetnya pelanggan kita...

Apapun, customer always right dan tanggungjawab kita sebagai peniaga menyediakan hanya yang terbaik untuk dijual dengan satu method penyampaian yang paling baik.

Label:

Jumaat, 2009 Mac 06

Khamis, 2009 Februari 26

Dapatkan pakej laman web pada harga rendah!

Bagaimana untuk membuat pengunjung berkunjung semula ke laman web anda?

» Sentiasa update laman web anda—rasionalnya laman anda akan kelihatan semakin menarik

» Hantar newsletter yang berhubungkait dengan laman web anda. Jangan lupa buat link ke website anda

» Letakkan promosi, tawaran, diskaun—kalau ada free lagi baik. Kan memang kita semua suka benda free. Tak salah jika buat pengunjung gembira. Dapat pahala lagi.

» Berikan diskaun, coupon, gift certificate yang bertempoh— contoh email gift certificate untuk pelawat dan dia harus redeem dalam satu jangkamasa yang anda tentukan

» Reka laman web anda agar pelawat mengenalinya dan sekiranya mereka membeli produk anda, cepat proses & hantarkannya dan semua itu dalam satu tempat iaitu LAMAN WEB ANDA

Label:

Apakah rupa & ton warna yang dapat menarik perhatian pengunjung laman web anda sekaligus mesej / info anda tersampai dengan berkesan?

Adakah anda inginkan ton laman web anda itu menyeronokkan atau serius atau professional atau macam - macam atau lagi?

Soalan ini sebenarnya sangat penting. Kerana antaramuka laman web memberikan impak kepada pelawat anda dan anda sendiri.

Sebagai contoh jika anda kunjungi laman web Ilham Cipta (www.ilhamcipta.com) anda akan dapati laman web tersebut direka secara sederhana biasa, tanpa banyak penggunaan animated pictures / links dan warna yang hampir kebanyakan halamannya adalah sama. Ini adalah kerana Ilham Cipta mensasarkan pelawat yang beginner yang berhasrat untuk membina laman web. Dan laman web yang Ilham cipta bina pula adalah untuk golongan individu, small & medium company. Kalau syarikat korporat tu memang tak sesuai. Dah lari konsep.

Begitu juga seharusnya anda. Anda perlu tahu siapa pelawat laman web anda, isi laman web anda dengan info tetapi dari sudut pandangan pelawat (maksudnya anda perlu tahu bagaimana mereka akan respon kepada info anda itu) dan gunakanlah bahasa yang mereka gunakan (jika pelawat sasaran anda adalah penduduk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei maka anda bolehlah menggunakan Bahasa Malaysia atau English kerana mereka semua memang faham bahasa tersebut)

Juga titikberatkan penjenamaan anda. Jika jenama bisnes anda menggambarkan bertahun-tahun pengalaman, untuk golongan atasan dan sebagainya maka elakkan daripada meletakkan sebarang unsur –unsur jenaka kepada penjenamaan tersebut. Jika jenama anda berkaitan dengan kanak-kanak maka jadikanlah jenama tersebut sebagai fun, colorful dan boleh dipercayai.

* Gunakan perkataan ‘anda’ dengan kerap agar pelawat anda tahu bahawa kehendak atau keinginan mereka didahulukan
* Fokus pada tujuan pembangunan laman web tersebut
* Paparkan point utama anda pada heading dan subheadings
* Kekalkan ayat-ayat yang pendek untuk menggalakkan pembacaan.
* Adakan white space agar dapat membantu pelawat anda terus membaca (contohnya: background laman web anda adalah biru; maka text box yang anda tulis maklumat anda itu haruslah berwarna putih)
* Perelokkan ayat / text anda agar ia dapat mengambil perhatian pelawat anda, menarik minat mereka, menjawab persoalan mereka, overcomes bantahan mereka dan disusuli dengan tindakan daripada anda.

Akhirnya, lakukan testing berterusan. Ia sangat penting. Hantar versi marketing yang berlainan (tapi minta izin daripada pelawat anda terlebih dahulu) contoh seperti newsletter, flyers, direct mail material dan sebagainya. Lihat yang mana satu berkesan.

Label:

Selasa, 2009 Februari 24

Tips bina laman web - Letakkan 'keywords' pada laman web anda

Add keywords & description to your website!
Apabila anda ingin membina laman web anda perlu tahu bahawa anda perlu meletakkan keywords dan description pada halaman laman web anda.

Keywords adalah META tag iaitu tag HTML yang berada dibahagian atas sekali halaman web anda. META tag berfungsi memberi informasi halaman web anda tetapi tidak berfungsi merubah rupa halaman web anda.

Generator META tag ini digunakan untuk mengenalpasti isikandungan halaman web tersebut yang mana membolehkan Search Engine turut mengenalpasti halaman web anda.

Sekiranya anda menggunakan Ms Publisher, option ini boleh anda dapati seperti berikut:

1. klik pada Tools menu
2. klik Web Page Options
3. taipkan keywords yang anda inginkan dalam kotak Keywords
4. taipkan description yang menggambarkan halaman web anda kepada pembaca dalam kotak description


Penting! Untuk anda submit atau memberitahu laman web anda kepada Search Engine agar pembaca dapat mencari halaman web anda!

Label: ,

Ahad, 2009 Februari 22

Apakah yang anda harapkan dari laman web anda?


Satu soalan yang amat penting. Apakah yang anda harapkan daripada laman web anda? Sekadar cantik? Berwarna-warni? Kalau tanya saya, ya saya suka web yang cantik dan berwarna-warni tapi lebih dari itu saya ingin pelawat membaca laman web saya. Itu lebih penting.
Tanya pad diri anda; apakah info penting yang sebenarnya pelawat sasaran anda cari? Contoh jika soalan ini diajukan kepada krew Blog lham Cipta maka jawabnya adalah pelawat mencari cara-cara dan panduan membina laman web berkualiti dan efektif. Bagi anda mungkin kerana memaparkan informasi terkini tentang produk, atau mungkin keunikan-keunikan lain yang ada dalam organisasi anda.
Apabila anda telah bersedia untuk membina laman web dan isikandungannya, pertama pastikan apakah authoring tool yang perlu anda gunakan (contoh tool software seperti NVU dan lain-lain).
Oleh itu, apabila anda telah tahu apa info yang audience anda perlukan, anda boleh aplikasikan mana-mana seperti dibawah:

JADIKAN LAMAN WEB ANDA SEBAGAI KELEBIHAN BUAT ANDA
* Berikan technical support kepada pelanggan anda - anda akan dapat loyal customer
* Post calendar ’events’ agar pelawat tahu kedudukan operasi business anda
* Buat tawaran seperti “clearinghouse sale” untuk produk informasi anda


SEDIAKAN PRODUK DAN SERVIS DI DALAM LAMAN WEB
* Dapatkan potential clients dengan informasi tentang servis atau produk anda
* Perkenalkan produk dan perkhidmatan baru dan buat special offer untuk produk tersebut
* Sediakan e-catalog jika produk anda banyak
* Bina identity korporat, brand awareness dan buatlah public relation (melalui newsletter, email misalnya)
* Terbitkan info terkini tentang produk dan servis dari semasa ke semasa
* Terbitkan panduan pengguna khas untuk pengguna anda

BANTU PELAWAT ANDA UNTUK MENGHUBUNGI ANDA
Walaupun telah ada laman web tetapi anda perlu bantu pelawat anda untuk menghubungi anda agar anda dapat follow up yang mana itu satu lagi kelebihan untuk bisnes anda
* Menggunakan surat (postal mail), telefon, atau fax
* Menghantar email





Label:

Sabtu, 2009 Februari 21

Pentingnya untuk merancang dahulu laman web anda!


Adakah anda bersetuju jika saya katakan:

Laman web adalah satu alat atau tools yang powerful buat anda, perniagaan anda dan jenama perniagaan anda.
Jika anda bersetuju, maka teruslah membaca artikel ini.

Tak kisahlah sama ada anda bina sendiri laman web anda atau anda mengupah orang membina laman web anda, maka anda harus ada jawapan yang padu bagi soalan-soalan dibawah.

Tuliskan jawapan anda dan mulalah membina laman web anda. Sekiranya anda mengupah web designer, serahkan soalan & jawapan ini kepada designer anda agar designer tersebut tahu dan faham perancangan anda.

Soalannya:

» Siapa sasaran pengunjung laman web anda?
» Apakah yang anda harapkan daripada laman web anda?
» Apakah rupa & ton warna yang dapat menarik perhatian pengunjung laman web anda sekaligus menyampaikan mesej / info anda dengan berkessan?
» Bagaimana anda membuat pengunjung laman web mengunjungi laman web anda semula atau berkali-kali?

Untuk hari ini saya akan tuliskan jawapan bagi soalan pertama & kedua iaitu
Siapa sasaran pengunjung laman web anda?
Apakah yang anda harapkan daripada laman web anda?


Jawapan soalan pertama ini sebenarnya bergantung kepada siapa pelawat anda (audience).
Adakah mereka itu potential business clients anda, atau member persatuan anda atau downline anda, atau adakah mereka itu golongan tertentu seperti kanak-kanak, remaja, ibubapa / guru, pelajar dan sebagainya. Apa yang pasti, anda perlu tahu siapa mereka dan focus hanya kepada mereka.

Jawapan bagi soalan kedua pula. Laman web anda sewajarnya mengandungi informasi dimana pelawat laman web anda merasakan informasi tersebut adalah berguna dan penting. Tak payah susah-susah. Ambil saya dan blog ini sebagai contoh. Tujuan penulisan blog ini untuk memberi tips dan panduan membina laman web yang berkesan kepada individu yang baru first time ingin membina laman web. Apabila individu yang saya target ini mencari panduan atau tips membina laman web harapan saya mereka akan dapat membaca artikel ini. Seandainya mereka yang membaca adalah target audience saya maka mereka akan terus membaca artikel ini. Mungkin target audience itu salah satunya adalah anda. Jika tidak pasti anda takkan baca hingga kesini. Ye kan?
Untuk jawab soalan kedua ini first sekali anda perlu tanya diri anda apakah maklumat yang penting dan perlu audience anda ketahui? Bersambung…..


Label:

Bagaimana laman web membantu perniagaan anda?

Salam Sejahtera. Selamat datang ke laman blog Ilham Creative Design– ilhamcipta.com
Sebelumnya ingin saya perkenalkan diri saya dan serba sedikit latar belakang syarikat kami serta tujuan penulisan blog ini.


Ilham Creative Design adalah sebuah syarikat perkongsian yang diasaskan oleh bro saya sendiri iaitu Syahril (Rill) dan saya Syafinaz (Finaz). Syarikat kami masih baru. Usia pun baru beberapa minggu. Namun apa yang paling penting adalah usaha kami dalam mengetengahkan ilmu, bakat dan hasil kerja dalam bidang rekaan grafik dan pembinaan laman web. Walaupun saya adalah seorang programmer suatu masa dahulu namun saya juga bermula sebagai seorang yang naïf tentang pembinaan laman web.

Yalah dulu kerja develop system / database. Jadi pembinaan laman web ini dulu saya treat sebagai point kedua sahaja. Tapi bila dah involve bina laman web saya dapat rasakan semacam kepuasan. Kepuasan mendengar, melihat dan mengetahui betapa ramai pengunjung yang menyenangi laman tersebut kerana mesra pengguna, penggunaan warna dan sebagainya TETAPI ada satu lagi kepuasan yang tak terhingga bagi saya iaitu rasa puas sangat bila bermain dengan imej-imej yang warna-warni. Kan ke seronok bila dapat tengok benda-benda yang cantik. Itulah sebenarnya yang menjadi pendorong untuk saya membina laman web. Semuanya kerana MINAT.

Bayangkan jika saya sendiri suka melihat benda yang berwarna-warni, menarik dan cantik; berapa ramai lagi yang turut terpikat dengan informasi yang kita paparkan didalam satu halaman yang kita kenali sebagai laman web? Tak mustahil ramai kan? Cuba ANDA bayangkan……

Bila dah ada ramai orang yang berminat untuk membaca laman web anda, apakah kesannya kepada informasi atau produk yang anda paparkan didalam laman web? Jom kita kupas satu-persatu dibawah.

» Ramai orang yang mula mengenali jenama anda. Bila orang ramai membaca laman web anda mereka akan mendapat pelbagai informasi, termasuklah siapa anda, bagaimana menghubungi anda, bagaimana membeli produk anda, bagaimana anda menjalani perniagaan anda dan yang paling penting sekali adalah mereka mengetahui betapa mudahnya mereka boleh berurusan dengan anda (of course dengan syarat anda mestilah committed dengan laman web anda)

» Pengguna internet akan jadikan syarikat anda sebagai satu ukuran. Pengguna Malaysia bijak. Tapi itu bukan satu masalah. Itu adalah satu kelebihan. Mereka akan mencari sebanyak informasi yang boleh sebelum membuat apa-apa transaksi atau pembelian. Sekiranya anda mempunyai sebuah laman web yang berkualiti lagi menarik dan of course dengan barangan atau perkhidmatan anda turut berkualiti maka pengguna akan dapat membuat perbandingan dengan syarikat pesaing anda dengan syarikat anda.
Disinilah laman web memainkan peranannya. Sebagai contoh: Tiga syarikat A , B & C menjual gelang mutiara. Laman web A penuh dengan informasi tentang produk itu sendiri. Contohnya mutiara air laut dan mutiara air tawar, cara-cara mutiara tersebut diternak dan dijaga, cara-cara merekahias gelang menggunakan mutiara, bahan-bahan yang digunakan, lokasi syarikat, cara membeli, cara penghantaran dan sebagainya. Serba lengkap. Syarikat B pula mempunyai laman web yang hanya memaparkan gambar & harga perhiasan tersebut. Manakala Syarikat C langsung tak ada laman web. Pastinya syarikat C out. Syarikat B pula menghadapi masalah bukan kerana produknya tetapi kerana kurang informasi yang dipaparkan berbanding Syarikat A. Bayangkan diri kita sendiri sebagai pembeli tentu kita merasakan Syarikat A ni macam pro je dalam bidang mutiara dan pastinya option pertama kita jika harus membeli dengan Syarikat A. Begitu jugalah dengan orang lain.

» Cinta. Tak kenal maka tak cinta. Pernah anda dengar ungkapan ini? Tapi yang ni lain sikit. Bukan yang jiwang-jiwang tu tapi cinta yang bermaksud percaya kepada produk, informasi dan syarikat anda. Bila dah ada ‘cinta’ laman web ni barulah timbul keyakinan pelanggan anda untuk membeli barangan anda secara online.

Seandainya ketiga-tiga perkara diatas terjadi apakah impaknya pula kepada hasil jualan anda? Meningkat? Bertambah? Semua ini adalah mungkin terjadi sekiranya anda menitik beratkan perkara-perkara yang penting dalam pembinaan sebuah laman web.

Inilah tujuan penulisan blog Ilham Cipta ini. Untuk berkongsi tips, idea, petua atau apa sahaja namanya yang bermaksud untuk menjadikan laman web anda sebagai sebuah laman web yang berkualiti, yang diminati dan mampu menjana hasil atau pulangan lumayan buat anda.


Label: